Want your
own Fotopage?









 
Ilman's FotoPage

By: Babah and Mama

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  >  >>]    [Archive]
Sunday, 4-May-2008 04:54 Email | Share | | Bookmark
XTVT di HARI SABTU

 
 
 
 
 
 
 
 
 

CS2-Photo Into A Collage Of Squares

salam,tq for flying to UK.hehe...mcm2 gelagat anak2 kt sini..nk jamu mata jap.nanti ct link ur blog at my blog,ok? Mon 5-May-2008 09:54
Posted by:ctnik  - [Link]
cerahnye kulit baby boy ni!!
mama ni skill baru ke? guna SW apa?
Wed 7-May-2008 05:03
Posted by:anis  - [Link]
mama zadni nak baju kemeja sutera ke..nak warna pe..?sms sy imah 012-9292848 Sun 11-May-2008 14:21
Posted by:batik-ganu  - [Link]
Add comment


Wednesday, 30-Apr-2008 00:16 Email | Share | | Bookmark
Entry informasi

 
 
 
 
PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor mengenai kesihatan anda.
Bahan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan kepada anda. Sekiranya anda menyedari simptom kesihatan atau jatuh sakit, anda perlu menghubungi doktor bagi rawatan lanjut.


Apakah yang dikatakan penyakit lelah ?
Lelah ialah keadaan di mana saluran pernafasan menjadi sempit menyebabkan seseorang itu susah bernafas dan mungkin berbunyi pernafasannya ( ini dipanggil wheezing ). Dia terbatuk -batuk dan batuknya itu banyak mengeluarkan kahak. faktor -faktor yang boleh menyebabkan lelah di kalangan kanak -kanak boleh dibahagikan kepada 3 kategori :

1. Unsur alahan
2. Unsur jangkitan seperti kuman virus yang membawa penyakit di saluran pernafasan.
3. Unsur emosi.

Unsur alahan berbeza di antara kanak -kanak. Unsur -unsur alahan yang biasa terdapat ialah telur ayam , bulu kucing dan sejenis organisma yang terdapat pada habuk -habuk. Seseorang kanak -kanak yang alah kepada organisma habuk -habuk apabila menyedut udara yang penuh dengan habuk -habuk apabila menyedut uadara yang penuh dengan habuk -habuk ini boleh lelah. Kanak -kanak begini , apabila sahaja terjangkitan kuman virus yang biasa menyebabkan batuk selsema boleh lelah.

Tekanan emosi boleh timbul dikalangan kanak -kanak apabila dia terdedah kepada suasana yang kurang menyenangkan. Umpamanya kanak -kanak yang sensitif yang mula bersekolah boleh mendapat lelah akibat gangguan emosi. Tetapi perlu diketahui bahawa suasana di sekolah boleh membawa unsur -unsur lain yang boleh menyebabkan seseorang kanak - kanak itu lalah seperti jangkitan virus dan pendedahan kepada berbagai -bagai lagi unsur alahan.

Kanak -kanak yang lelah mempunyai saluran pernafasan sangat sensitif di mana saluran pernafasannya mudah sempit ekoran dari unsur alahan, jangkitan dan gangguan emosi.

Seseorang yang lelah tidak semestinya menunjukan tanda pernafasan yang berbunyi ( wheezing ). Batuk yang tidak berhenti -henti sepanjang masa sama ada di waktu siang atau malam mungkin berpunca dari kesempitan saluran pernafasan atau lelah. Adakalanya kanak - kanak yang menghidap penyakit ini susah bernafas dan terbatuk selepas menjalani aktiviti jasmani. Ada pula kanak - kanak yang lelah yang selalu batuk pada waktu malam terutama pada jam 2 pagi hingga 6 pagi dan terpaksa duduk kerana susah bernafas ( nocturnal asthma ).

Para penyelidik Immunologi telah dapat menunjukkan bagaimana sesuatu unsur alahan dapat menimbulkan asthma. Seseorang akan lelah jika menyentuh sesuatu unsur alahan ( allergen ) seperti satu organisma yang terdapat dalam hama - hama atau habuk ( Dermatophagoides ) dan ini akan bercantum dengan antibodi di dalam darah. Kombinasi antigen - antibodi ini akan melekat pada sel - sel yang di panggil mast cell , mengakibatkan pengeluaran bahan - bahan kimia seperti ' histamine ' , SRS-A dan beberapa lagi bahan - bahan kimia yang akan menyebabkan kesempitan saluran pernafasan. Ini adalah cara reaksi immunologi yang biasa sekali terdapat pada kanak - kanak yang menghidap lelah ( allergic asthma ).

Bolehkah kita mengenali bayi - bayi yang mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat lelah ?
Para penyelildik dalam bidang alahan telah dapat mengenali bayi - bayi yang berkemungkinan tinggi untuk mendapat lelah apabila mereka besar . Caranya ialah dengan mengukur tahapsatu jenis antibodi yang dipanggil IgE dari darah yang diambil dari darah saluran uri ( cord blood ) selepas kelahiran bayi. Seseorang bayi yang ada riwayat alahan didalam keluarganya serta mempunyai tahap antibodi IgE yang tinggi dalam saluran darah urinya memang berkemungkinan besar untuk menghidap penyakit lelah pada masa akan datang.

Bagaimana hendak mencegahnya?
Pokok dari program pencegahan lelah ialah menghindar unsur alahan. Unsur - unsur alahan yang biasa dikenali ialah organisma yang terdapat dari habuk habuk , bulu - bulu kucing atau anjing , "pollen " dari pokok - pokok , telur , susu lembu atau makanan laut seperti kerang. Ibu bapa sendiri perlulah perhatikan unsur - unsur yang membawa kepada lelah di kalangan anak - anak mereka kerana unsur alahan berbeza diantara kanak - kanak. Merokok dihadapan kanak - kanak tidaklah digalakkan kerana asapnya boleh menyebabkan kanak - kanak itu mendapat lelah. Kadangkala makanan - makanan yang sejuk seperti aiskrim dan air jus buah - buahan boleh menyebabkan kanak - kanak itu menghidap lelah.

Walaupun ukuran antiobodi IgE tidak mudah diuruskan dari saluran darah uri adalah digalakkan ibu - ibu yang mempunyai alahan yang kuat dalam keluarganya memberi susu badan kepada anak - anak yang baru dilahirkannya dan melambatkan pemberian susu tepung formula dan makanan peralihan yang lain kerana ada data - data yang menunjukkan bahawa pemberian makanan - makanan ini kepada bayi dibawah usia tiga bulan boleh menyebabkan bayi - bayi menghidap penyakit alahan.

Rawatan Untuk Lelah/Asthma
Rawatan alternatif dengan menggunakan produk Gamat Emas untuk masalah lelah/asthma pada kanak-kanak atau bayi adalah dengan mengesyorkan amalan memakan Pati Gamat plus Vitamin sebanyak 2 kali sehari. Ini kerana Gamat mempunyai sifat anti radang yang akan melegakan lelah dengan mengurangkan tindakbals hipersensitiviti dan mengurangkan radang atau inflammasi. Dengan ini, kahak lebih mudah 'cair' dan dikeluarkan, kadang kala melalui selsema atu lelehan hingus. Kajian turut menunjukkan Gamat dapat meredakan bronchiolitis dan melegakan masalah gatal tekak.

Ilman, moga cepat sembuh!!!

- Psssttt..mama ilman, ilman ada lelah ker? semoga cepat sembuh yea.. Wed 30-Apr-2008 02:12
Posted by:iza ~ MamaHaikal melati072003@yahoo.com  - [Link]
Semoga Ilman cepatt sembuh..aminn...
Jom tgk aksi Danish kat Eye On Malaysia & cerita ceriti Danish kat Sogo keke
Fri 2-May-2008 05:53
Posted by:Liz elizastias@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Wednesday, 23-Apr-2008 23:59 Email | Share | | Bookmark
yeah..rock my prince!!

 
 
 
View all 6 photos...
hahaaa..a.r.i.e, mmg betui kata u..ilman skang makin susah nak dijaga..bukan apa..a bit notty..dgn kepakarannya 'berlakon', semua org percaya..buat2 nangis..buat2 sakit..aduh,bise luruh jantung gue!!!
membesarkan anak..bagi aku n husband..mmg paling mencabar,manakan tidak..kami dua2 takde experience dgn adik2..tup2 nak jaga 'budak busyuk masyam' yg punyai 1001 peel.aku lak selalu bz,nasib baik husband bleh handle sensorang..kekadang aku out station, tinggallah dua beranak ni..sian gak,tapi kalu dah tuntutan kerja,nak wat camna..
aku dan husband tgh duk pikir2 nak buat befday bash utk ilman pd 15 mei ni.tgh carik hadiah..tgh pikirkan pasai kek..ader tak sesapa tau, muslim yg buat cupcakes kat Teluk Intan??



comeyy...sameler cam Danish suke wat2 nangis hehehehe Fri 25-Apr-2008 02:20
Posted by:Liz elizastias@yahoo.com  - [Link]
hi ilman. mummy kata u makin notty ye! blehlah gang ngan abang adib & kakak nur anak2 aunt ni.. hehee.. Sat 26-Apr-2008 06:38
Posted by:Big Mamma Bukhari aka ati itawaizurfosuy3479@yahoo.com  - [Link]
kami sefamily mmg kaki berjalan, pantang ada cuti... kalau tak ada cuti pun, anak2 ponteng sekolh/tadika ari jumaat... tp kekadang jelah... kang dpt surat dari sekolh kuat ponteng, susah lak t dibuatnya... hehee..
ilman, ajaklah mama jenjalan kat temerloh ni.. makan ikan patin..
Sun 27-Apr-2008 05:29
Posted by:Big Mamma Bukhari aka ati itawaizurfosuy3479@yahoo.com  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Friday, 18-Apr-2008 07:01 Email | Share | | Bookmark
Ilman d kampung...

 
 
 

jom shopping baju tuk anak2
http://adekmanja2.fotopages.com
Fri 18-Apr-2008 09:24
Posted by:adek_manja adekmanja2@gmail.com
suke melukis ye dia...

jom singgah --> http://lunacollections.fotopages.com
Mon 21-Apr-2008 06:49
Posted by:LUNA lunacollections@yahoo.com  - [Link]
+ ilman makin membesar le..
+ mesti susah nak jaga ni..
Wed 23-Apr-2008 05:07
Posted by:a.r.i.e.  - [Link]
Add comment


Thursday, 10-Apr-2008 00:06 Email | Share | | Bookmark
Ilman again..

XTVT pelajar UITM..Ilman participate.
hahaha..bosan ker?
mandi lagi syiok!!
View all 4 photos...
Ilman dah besar..dah nak masuk 3 tahun 15/5 nih..Ilman lahir sehari selepas pak tam Omar punya besday dan 2 hari selepas anniversary Nenek n Wa..

kami punya anniversary baru nak masuk 4 tahun...oooh...tapi...kenapakah seakan dah lama kami berkahwin...yayaaa..aku lupa kami berkawan sejak Upper Six dah memakan masa 2 tahun..masuk UITM 3 tahun..kerja..bertunang..1 tahun..semuanya 10 tahun..


alahai... tomei nyer dia mandi...nak masuk 3 tahun dah... besar dah ya...
ilman nampak ensem la bila dah besar ni
Fri 11-Apr-2008 08:45
Posted by:As mama Adriana Amani  - [Link]
Feel free to visit my page to get RM21 for free right now!!
Enjoy your money ya
http://fotografiklance.fotopages.com
Sun 13-Apr-2008 04:18
Posted by:Mr.Dino
Wow.. Cantiknya gambar, terang lagi tu.
Suatu hasilan yang menarik sekali.
Very nice shots lah. Good luck

p/s : my fotopages http://azlanumpai.fotopages.com
Tue 15-Apr-2008 15:30
Posted by:Alexs Azlan azlan_umpai@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Monday, 24-Mar-2008 02:36 Email | Share | | Bookmark
Anakku lagik...

anak org Eskimo?
heheeheehe..
balik dr besday party kat taska baru
View all 12 photos...

hensem boy ...huhu..minum susu Fri 4-Apr-2008 10:18
Posted by:MONSOON  - [Link]
+ thanx singgap fp saya..
+ len kali lawat lagi yer..
Fri 4-Apr-2008 21:23
Posted by:a.r.i.e.  - [Link]
ilman nak jadi org eskimo ker? tak yah la ilman.. jadi org melayu lagi baik.. uhuhuhu..
mama ilman.. mai la singgah.. tgh sales nih.. uhuhu.. till 10th april.. tak lama dah tuh!
Sun 6-Apr-2008 03:06
Posted by:Fatin  - [Link]
View all 14 comments Add comment


Thursday, 13-Mar-2008 04:14 Email | Share | | Bookmark
Demam pilihanraya yg dah suam-suam kuku..

 
 
 
View all 6 photos...

alahai... pilihanray.. pilihanraya....
kita lihat la pentadbiran kali ini... suam2 kuku.. @ berjaya
Tue 18-Mar-2008 08:05
Posted by:As mama Adriana Amani  - [Link]
update pernikahan Ratu Susuk Dynas...

'lensa merakam gambar berseri'
'buat memori kekal abadi'
http://anjungmemori.fotopages.com
Tue 18-Mar-2008 10:08
Posted by:napie anjungmemori@yahoo.com.my  - [Link]
Add comment


Friday, 7-Mar-2008 08:44 Email | Share | | Bookmark
xtvt di PNM

 
 
Selamat mengundi semua..( gambar takder kena mengena yer!!)

heloo Sun 9-Mar-2008 07:59
Posted by:syuksharkawi  - [Link]
ala cantiknyer dia kaler...
tu mama yg buat ke ilman yg buat tue.......
chumella ilman nie, geram aunti tgk.....
Mon 10-Mar-2008 01:30
Posted by:fiza  - [Link]
cantiknyer ilman caler2... suka tgk... hehehe...
kecik2 dah pandai caler ya sayang....
suka untiee... tgk....
Mon 10-Mar-2008 08:07
Posted by:As mama Adriana Amani  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Tuesday, 4-Mar-2008 04:51 Email | Share | | Bookmark
cuba-cuba saja..

 
hehehe...
cam takder kije jer mama nih kan?Ilman skang dah ditukarkan ke Taska Tasneem..mmg betui2 bawah umah kami kat Pangsapuri Melur.
Buat masa ni hanya ada 7 org pelajar.Biarlah..tak ramai snang sket teacher dia nk concentrate..
Ilman pun tau..mama..nak gi taska bayu (baru). Kat sini,alhamdulillah, dia guna English medium..biolah mak bapak tak pandai speaking..aseikan anak,berabukkkkkkk!!!
dalam entry ni,takder gambo taska dia..tp hanya ada gambo mama dia...

thanks for dropping by.....bagus la masuk awal2 ke taska....atlest dpt bercampur ngan kengkawan.... Thu 6-Mar-2008 02:25
Posted by:ibu akma&sofea  - [Link]
hi..thnk x 4 da visit...ya..setuju ngan mama Haziq..channel 613 tu mmg bagus..deorang cepat blaja dan aplikasi..rase2 cam kat Bangi je... Thu 6-Mar-2008 04:16
Posted by:wilda caw582@yahoo.com  - [Link]
amboi ilman mesti dh terer speaking ek mama..ye la budak2 time mcm ni la senang nak dia ajar kn..terang hati..
kanda hanta taska bese jek tp cikgu2 dia speaking..so ada la gak words dia ble sebut in english, btween kami pon kat umah try speaking sket2 ngan dia..nnt kalo dh besa sket..dh x pakai diapers nak tuka dia p CEC or smart reader plak
Fri 7-Mar-2008 05:17
Posted by:mamaniza  - [Link]
View all 9 comments Add comment


Wednesday, 27-Feb-2008 06:34 Email | Share | | Bookmark
Majalah baru??

kulaan
ilman suker..
aku pun tak pasti...ni syarikat manalah yg buat eh??

Tumpang iklan jap ye tuan rumah. We just launched our KiddiesShoppe. Feel free to view it @ http://kiddiesshoppe.blogspot.com. *Anak Bergaya Ibu Gembira*. Tq ya tuan rumah.... Fri 29-Feb-2008 10:50
Posted by:KiddiesShoppe  - [Link]
ada yg lagik ganas...eheheheh... Fri 29-Feb-2008 22:07
Posted by:semutaro  - [Link]
- - hihi..jadi..jadi.. Tue 4-Mar-2008 09:34
Posted by:aliz_mie  - [Link]
View all 7 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  >  >>]    [Archive]
;

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.